Selamat Berpuasa




Esuk 1 Ogos 2011 bermulanya puasa dan sangat sesuai untuk membuat perubahan untuk diri dari segi akidah nya dan juga ibadahnya. Janganlah mengulangi kesilapan ketika di bulan ramadhan yang dahulu. Semoga ramadhan kali ini banyak dengan ibadah bkn kemaksiatan





Janganlah ada yang ponteng puasa pada tahun ini kerana ia berdosa bukan sebab di tahan ISA tp Jakim mungkin akan membawa anda pergi bersiar-siar ke *uptown* dan juga *downtown* jika didapati kantoi!!!







Puasa tahun ni aku seperti seorang pekerja mungkin keadaannya lain seperti seorang pelajar. Sebagai seorang pekerja mungkin keletihan pada bulan puasa itu lebih dari seorang pelajar dan kerja yang aku buat sekarang ini memang meletihkan. Semoga iman aku kuat bila berhadapan dengan keadaan seperti ini even aku pernah melalui kehidupan seperti ini dimana menjadi seorang pekerja dibulan puasa.






Tiada ucapan istimewa yang perlu diucapkan kepada org yang istimewa seperti dulu-dulu. Tp itu tidak membuatkan aku lupa untuk mengucapkan kepada semua muslim dan muslimah yang mengenali diri aku. Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa kepada semua umat islam semoga mendapat *kaf ba ra kaf ta nun* keberkatan~~AMIN!!!



0 Say Something:

Post a Comment

 
Powered by Blogger | Downloaded from Free Templates