Raya Sekarang Tak Macam Dulu


Hi Semua, macam mana dengan puasa? Sudah ada yang bocor? Tinggal seminggu sahaja hendak meraikan Aidilfitri, macam mana dengan persiapan? Everythng OK?

Sekarang Aidilfitri tak macam dulu kan, tak semeriah zaman aku sekolah dulu atau zaman kanak-kanak. Kalau dulu, emak aku bz kat dapur untuk buat kuih raya sama akak-akak aku, tapi sekarang mereka bz kat bazar cari kuih raya, sungguh senang sekarang, kat mana-mana ada jual kuih raya.

Tuh kisah kuih raya, kalau kisah PELITA pulak pun tak semeriah dulu! 2 minggu sebelum hendak raya mesti aku dan kawan-kawan bz cari kayu buluh untuk buat pelita, atau cari batang kayu untuk stand pelita yang beli TAPI sekarang kat kedai sudah ada jual pelita siap kayu lagi. Kalau dulu 2 minggu sebelum hendak raya rumah sudah bercahaya dengan pelita TAPI sekarang seminggu hendak raya baru terkial-kial nak korek lubang, kadang-kadang 2 hari nak raya baru rumah bercahaya dengan api pelita.
Meriam Tanah
Budak zaman sekarang tak semeriah dulu, kalau zaman kanak-kanak aku dulu 1 Ramadhan pun sudah meriah dengan bunyi meriam dan bunyi mercun buatan sendiri. Sekarang ni, senyap je tak de bunyi bising dan kadang-kadang rasa macam bukan hendak raya. Budak zaman sekarang mungkin terlebih dedah dengan dunia IT sampai apa yang aku main/lalui/rasai dulu-dulu mereka tak penah pun rasa.

Semua yang aku cerita ni terjadi sekarang kat kampung atau rumah aku sendiri dan aku nak tahu jugak keadaan tempat-tempat korang, sama tak macam apa yang aku rasa sekarang, atau korang sudah merasainya sebelum aku lagi. Mari sama-sama kongsi perasaan korang untuk menyambut Aidilfitri. SELAMAT MALAM



29 Say Something:

syiela said...

kat sini dik dum dam dum dam bising dengan mercun bola dan roket juga mercun yg percik bunga api kat atas.. alahai bisingnya sampai kembar akak nak tido pun susah terganggu dek bunyi bising


tapi zaman dulu bestkan.. buat meriam buluh pakai kabat (abang akak yang main, akak tukang tonton je).. melawan la satu kampung dan kg yg lain

asfira aminuddin said...

budak zaman sekarang tak main mercun dah, main ipad je. haha tak seronok langsung! mungkin zaman raya you akan seronok bila dah kawen and ade anak anak. :D

mama aini said...

assalam dr mama..ehem zaman dah berubah..mama pun rasa ada yg terhilang..dulu mama selalu tolong mak mama buat kuih raya..skrg ni..mak mama pun menunjuk je kuih raya tu..tetiba rindu dgn kuih air tangan mak mama..he2x..

izz iizza said...

betul la..sy dulu zaman kanak-kanak memang meriah sungguh dengan pelita..mercun dan bunga api bagai...tapi sekarang dh duk apartmen..tang mana la nk letak pelita kan hihi..dn tengok anak-anak pun x minat pun nak main bunga api bagai..:)

eita said...

kat tempat akak..ada lagi dengar budak2 main mercun...

HeNRieTTa JoSe said...

Haah...btl tu....kt cni pown dah xsemeriah dlu.....

Onitsuka_hana said...

betul3. budak2 dah pandai pegang ipad. Nasib hana sempat merasi kemeriahan hari raya yang dulu. dulu maian perang2 mercun roket. best. uat meriam simen lg

aku HaniAsyira said...

stiil dgr lagi tape samela xsemeriah dulu..

NIZAM said...

bab mercun tu sangatla meriah kat area rumah saya ni. kadang2 terkejut kot sbb kuat sangat bunyinya. dum dam dum dam tetiap malam.

Wanieys said...

a'a skang ni dh xmeriah mcm dulu lg...dulu2 best jer nk raya hihi

IntaNBerliaN said...

dulu2 raya mmg best kan.. ni yg rasa nak ke zmn dulu ni.. hehehhe

Nurul Husna Mohd Hassan said...

dulu memang meriah. sekarang nak raya, macam tak raya je. kalau dengar bunyik meriam ni rasa nak gugur jantung. hehe

izan mama mia said...

singgah sini,salam ramadhan dan selamat menyambut aidilfitri nan mulia..

raya dulu mmg best tidak dapat disangkal lg...

Cik Aini said...

mmg la kan..skrg serba moden..serba canggih
nk jimat masa semua sbb tu lah beli yg dah siap sedia...

salam penghujung ramadhan n selamat hari raya Ikhwan :)

kay_are said...

betul2.. memang dah tak macam dulu raye.. sekarang budak2 dok umah main game je.. zaman dulu rajin pergi umah ke umah ngan kengkawan.. huu

Detective Fiqa said...

hmm tau takpee. rasa sedih pon ada huhuhu

ieedaz @ mama_isha said...

Betul tu.. zaman aemakin moden dan canggih kan.. tak mcm dulu2 :-)

LYAfrina said...

bukan je aidilfitri..bulan puasa pon x semeriah msa zaman kecik2 dulu.. lya x xnmpka budak2 main ramai2 waktu mlm.. kalo dulu..mlm 7 liko tu..pakat bkumpul luar rmh..buat mcm2 xtvt bersama..main la..& mcm2

ZiErWa zAiNaL said...

betul2.. x seronk dh.. lbih2 lagi kalau kmpung dkt bandr.. sepupu2 zz pun mkin besar.. blajar pun jauh2. rya x dpt jumpe.. huhu

ayut said...

lom blik kg..tak tau suasanan ye skrg dh riuh ke blom.hihi.tp mercun ttp apa,meriam je takde.lawan2 nnt time mlm raya.time awl puasa tak la.ttp best!slam kenalan dengan membalas kunjungan :)

Kesuma Angsana said...

betul tu, sgt2 berbeza for KA too... salam kenal, tq singgah blog KA n dah follow u ye 949

nur anis said...

kat kampung saya sehari puasa dah dengar meriam..huhu

Aishah Jahirah said...

malam2 dengar bunyi mercun.bising je budak2 ni....akak sokong la,mmg xmeriah macam dulu2 pun.aktiviti beraya tu mcm kurang dah.budak2 sonok dok ngadap TV,ngadap PC.
raya ni xbuat pape persiapan pun lg...haha

tirahzairi said...

budak2 pon mcm xnk raya je...hehhe...jom kembali ke zaman dulu...hihi

Rai said...

setuju! especially raya.. dedulu pagi raya sibuk beraya rumah sanak saudara kawan kawan. budak budak skang lagi suka memerap depan tv tengok rancangan raya..

tapi satu yg tak berubah..

asal raya je still ada cerita sedih2..kan raya tu masa nak bergembira..kenapa eh?

amir aizat said...

biasalah, mood tu yg kena carikkan, hehe

nita said...

betul3... raya sekarang tak macam dulu...

zaman dah berubah, minat pun tak sama plus kemudahan juga banyak... dulu2 sampai tak tidur malam wat kueh raya ramai2 sekarang ramai2 serbu bazar beli kueh raya segera.. :p

Arham Md Ali said...

Rasa bagusla dah kurang budak2 main meriam, tak boleh tido malam dibuatnya dulu kalau kat kampung.

Ain Dzaya said...

pehh..kemain hebat mercun dy...gali dalam tanah siap..

Post a Comment

 
Powered by Blogger | Downloaded from Free Templates